Projek Pilot do Boos Murut

Projek Pilot Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Murut di Sekolah-sekolah Rendah Terpilih di Daerah Tenom

(2011 - 2013)

Projek Pilot Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Murut di Sekolah-sekolah Rendah Rintis Terpilih di Daerah Tenom merupakan projek anjuran KLF dengan kerjasama Suomen Vapaakirkko-SVK (Finland) dan Pusat Perkembangan Bahasa Murut. Projek ini telah dijalankan dari tahun 2011 dan akan tamat pada hujung tahun ini (2013).

Tujuan Projek ini diadakan adalah untuk menjadi landasan kepada pengajaran bahasa Murut di sekolah-sekolah rendah di Sabah dalam kawasan penutur-penutur bahasa Murut. Matlamat jangka masa panjang projek ini pula adalah untuk memperkuatkan lagi kedudukan bahasa Murut dalam masyarakat Malaysia melalui pendidikan formal di sekolah. Objektif-objektif bagi Projek ini adalah:

  1. Mewujudkan kurikulum bahasa Murut.
  2. Menyediakan bahan-bahan pengajaran dan kamus sekolah bagi Tahap 1 untuk sekolah-sekolah rendah.
  3. Memberi latihan kepada guru-guru sekolah dalam pengajaran bahasa Murut.